5 Apr 2014

Memberi Hadiah Untuk Birthday 1

Assalamualaikum, hoho... aku baru je nak mula menulis entry... so kalau ada salah ke, typo ke tolong tegur ek... jangan marah, no harsh words... aku cipta blog ni nak buat origami... contohnya nak berikan hadiah dengan menggunakan kreativiti sendiri. Maksudnya, handmade lah... semalam birthday umi aku, sooo... aku dalam proses nak buat hadiah yang special lah... tu yang aku share dekat sini. Jom sama-sama kita tengok...

Aku cadang nak buat frame untuk umi aku then letak gambar dalam... so, jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukannn....

gunting
gam
kertas hardboard/kertas jalur-jalur macam-macam warna
pisau
kertas warna(jika perlu)
kertas lutsinar keras
lain-lain(jika mahu tambah contoh alat hias)
reben

First korang semua gunting hardboard kalau korang rasa nak bentuk segi empat sama, just gunting bentuk segi emapat sama, kalau nak bentuk bulat ke bujur gunting lah bentuk yang korang nak...

Lepas tu, kalau korang rasa nak balut dengan kertas warna ke, nak letak gambar apa-apa pun boleh... tu kreativiti korang sendiri ya...  kalau nak lebih cantik balutlah kan dengan pembalut kertas, KALAU NAK faham tak perkataan tu... kalau aku, aku lebih suka  tak balut biar nampak hardboard keras tu(aku pelik sikit)

Ouh, untuk adik-adik yang masih kecik dan ingin mencuba pastikan diawasi oleh kakak atau abang, atau ibu dengan ayah korang. Takut, takut terkerat tangan sendiri ke, terkena pisau ke, malang tak berbau, kan?

Okey selepas siap korang potong kertas lutsinar warna putih yang keras tu ikut bentuk frame yang korang potong. Mungkin korang nak letak gambar ke, nak letak nota apa-apa ke terpulang ok? Gamkan di bahagian tepi, bawah... jangan gam kat atas, kalau gam kat atas macam mana nak letak benda dekat dalam? 

Then, kalau korang rasa nak gulung kertas warna nak lekatkan di bahagian tepi-tepi ke, letak manik-manik ke... serbuk pewarna atau apa-apa perlulah ada kesabaran yang tinggi. Jangan mudah putus asa...

Selepas siap kalau korang rasa nak ikat reben ke, bolehlah ikat dekat frame tu... tapi pastikan...

kalau kertas hardboard atau pembalut warna, reben warna:

merah... reben-pink
kuning... reben-oren
  
Warna lawan ya, supaya nampak ceria! Dan warna tu nampak cantik... kalau tak nak ikut cadangan  boleh buat sesuka hati...

Janganlupa buat kaki untuk frame tu, ye... kalau rasa malas tepuk lubang dekat tempat mana-mana korang nak, letak aje tali... gantung, kan lebih senaaaang?

Sudah siap? Kalau dah siap, bolehlah bagi hadiah dekat kawan-kawan ke, ibu, ayah atau sesiapa je... okey itu je tuto untuk hari ni, kalau berkesempatan aku buat tuto lagi... bye, anyway selamat mencuba.